Monday, 14 November 2011

Servis Bateri

Cara-cara untuk membuka dan memasang bateri adalah seperti berikut;

1. Keluarkan bateri dari kenderaan

1.1     Longgarkan nat pengikat terminal negative dan tanggalkan kabel bateri negative.
1.2     Longgarkan nat pengikat terminal positif dan tanggalkan kabel bateri positive.
1.3     Tanggalkan bracket pengikat bateri dan keluarkan bateri dari kenderaan.
1.4     Bersihkan tapak bateri.
1.5     Cat bahagian yang berkarat.


2. Pasang bateri pada kenderaan

2.1     Pasangkan terminal positif dan ikat dengan ketat.
2.2     Pasangkan terminal negatif dan ikat dengan ketat.
2.3  Pasangkan bracket pengikat bateri.


3. Uji kefungsian bateri

3.1     Sediakan satu unit multimeter
3.2     Sambungkan wayar penguji ke voltmeter.
3.3     Merah …. (+)  dan hitam…. ( - )
3.4     Laraskan pelaras ke arah arus terus ( DCV )
3.5     Sambungkan wayar penguji secara selari / parallel dengan terminal bateri.
3.6     Ambil bacaan dan catatkan bacaan.( V )
3.7     Hidupkan enjin uji voltan bateri menggunakan voltmeter dan bacaan hendaklah melebihi 13 V hingga 14.60 V.

Untuk maklumat tambahan, sila klik di sini

Sunday, 13 November 2011

Kaedah Servis Tayar

              Kaedah Tukar Tayar
           
            Proses  membuka dan memasang tayar kenderaan boleh dilakukan dengan dua cara :

            Secara Mekanikal

            Mengunakan besi pengumpil tayar dan peralatan tambahan lain bagi membuka dan memasang tayar pada rim. Cara ini memerlukan tenaga manusia  sepenuhnya dan banyak digunakan bagi rim jenis belah (split) yang digunakan pada kenderaan perdagangan seperti lori dan bas.

            Menggunakan Tyre Changer Machine

            Tyre changer machine hanya boleh berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik dan angin (pneumatic).Penggunaan mesin ini akan menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Langkah-langkah keselamatan perlu dititik berat dan diberi perhatian bagi mengelak berlakunya sebarang kemalangan atau kecederaan.



             Kaedah Imbang Roda

            Roda yang di pasang pada kenderaan mestilah seimbang sama ada berpusing (dinamik) atau tidak berpusing (statik). Roda yang tidak seimbang akan menyebabkan tayar menjadi haus dan steering bergetar apabila memandu. Imbangan roda juga perlu dilakukan bagi memastikan penggunaan tayar dapat dimaksimumkan               
            
            Kerja-kerja mengimbang roda boleh dilakukan dengan dua cara:

                                i.          Di luar kenderaan (off car)
                               ii.          Pada kenderaan (on car)

Roda boleh diimbang untuk menguji
i.          Imbangan statik roda.
                            a)   Imbangan yang tidak statik akan bergetar ke atas dan ke bawah
                            b)   Roda yang tidak seimbang dapat diperbetulkan dengan melekatk pemberat pada bahagian yang ringan iaitu pemberat mesti dipasang supaya sama rata pada paksi pusingan.


ii.          Imbangan dinamik roda
        a)  Imbangan dinamik ialah imbangan roda yang dilakukan semasa roda berpusing. Roda yang tidak seimbang dapat dibetulkan dengan memasang pemberat pada rim. 


Cara-cara mengimbang roda
i.          Pastikan tekanan udara tayar mencukupi
ii.         Pastikan tayar dan rim dalam keadaan baik
iii.        Pasang roda dan rim pada mesin pengimbang roda.
iv.       Hidupkan suis mesin pengimbang untuk memusingkan roda dan mengesan gegaran. 
       Maklumat seperti bahagian-bahagian roda yang perlu ditambah pemberat.
v.        Berhentikan roda dan tambahkan pemberat pada bahagian-bahagian rim yang 
       sepatutnya
vi.       Pusingkan roda. Roda akan berhenti berpusing tanpa getaran sekiranya imbangan 
       roda itu betul

Saturday, 12 November 2011

Sistem Tayar

Fungsi  tayar ialah : -

i.        Tayar dapat bertindak sebagai kusyen udara di antara jalan dan roda dan menyerap getaran yang disebabkan oleh permukaan jalan yang tidak rata.
ii.       Tayar dapat memberikan cengkaman kepada permukaan jalanraya dan dengan itu kenderaan boleh di kawal dengan baik semasa membelok atau membrek.
iii.      Memberikan keselesaan kepada penumpang.
iv.     Menampung berat keseluruhan kenderaan.

Tayar kenderaan moden boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : -

Tayar bertiub
Tayar jenis ini digunakan bersama – sama tiub yang sama saiznya dengan tayar. Tiub diletakkan di dalam tayar dan dipamkan udara melalui injap tuib untuk memenuhkan udara dalam tayar mengikut spesifikasi.

Tayar tanpa tiub
Kebanyakkan tayar yang digunkan pada masa kini adalah jenis tayar tanpa tiub. Udara di pam melalui injap yang  dipasang pada rim.

Terdapat tiga jenis tayar yang lazim digunakan pada kenderaan bergantung kepada jenis lapisan badannya

i. Tayar lapisan lintang

Lapisan tayar ini disusun menyerong dan bersilang antara satu dengan lain.  Lapis-lapis silang ini bersudut 30’ hingga 40’. Tayar jenis ini biasanya lebih senyap, memberi keselesaan dan kelancaran ketika memandu. Tetapi tayar jenis ini mempunyai kekurangan ketika melalui selekoh atau membelok 

ii. Tayar Jejarian

Lapisan tayar ini disusun melintang bersudutkan 90’ dengan garisan tengah bunga tayar. Binaan tayar jenis ini lebih kukuh dan mempunyai dinding sisi lebih lentur yang menjadikan tayar lebih lancar di pandu dengan kurangnya rintangan guling dan mempunyai tapak yang baik

iii. Tayar lapisan jejarian dan lintang
Lapisan tayar ini adalah gabungan antara lapisan jejarian dengan lintang. Tayar jenis ini lebih senyap, selesa, kukuh dan lancar semasa memandu