Saturday, 12 November 2011

Sistem Tayar

Fungsi  tayar ialah : -

i.        Tayar dapat bertindak sebagai kusyen udara di antara jalan dan roda dan menyerap getaran yang disebabkan oleh permukaan jalan yang tidak rata.
ii.       Tayar dapat memberikan cengkaman kepada permukaan jalanraya dan dengan itu kenderaan boleh di kawal dengan baik semasa membelok atau membrek.
iii.      Memberikan keselesaan kepada penumpang.
iv.     Menampung berat keseluruhan kenderaan.

Tayar kenderaan moden boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : -

Tayar bertiub
Tayar jenis ini digunakan bersama – sama tiub yang sama saiznya dengan tayar. Tiub diletakkan di dalam tayar dan dipamkan udara melalui injap tuib untuk memenuhkan udara dalam tayar mengikut spesifikasi.

Tayar tanpa tiub
Kebanyakkan tayar yang digunkan pada masa kini adalah jenis tayar tanpa tiub. Udara di pam melalui injap yang  dipasang pada rim.

Terdapat tiga jenis tayar yang lazim digunakan pada kenderaan bergantung kepada jenis lapisan badannya

i. Tayar lapisan lintang

Lapisan tayar ini disusun menyerong dan bersilang antara satu dengan lain.  Lapis-lapis silang ini bersudut 30’ hingga 40’. Tayar jenis ini biasanya lebih senyap, memberi keselesaan dan kelancaran ketika memandu. Tetapi tayar jenis ini mempunyai kekurangan ketika melalui selekoh atau membelok 

ii. Tayar Jejarian

Lapisan tayar ini disusun melintang bersudutkan 90’ dengan garisan tengah bunga tayar. Binaan tayar jenis ini lebih kukuh dan mempunyai dinding sisi lebih lentur yang menjadikan tayar lebih lancar di pandu dengan kurangnya rintangan guling dan mempunyai tapak yang baik

iii. Tayar lapisan jejarian dan lintang
Lapisan tayar ini adalah gabungan antara lapisan jejarian dengan lintang. Tayar jenis ini lebih senyap, selesa, kukuh dan lancar semasa memandu 

1 comment:

  1. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com

    Ada > 50 di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Elakkan dari ditipu lagi ok...

    ReplyDelete