Kaedah Tukar Tayar
Proses membuka dan memasang tayar kenderaan boleh dilakukan dengan dua cara :
Secara Mekanikal
Mengunakan besi pengumpil tayar dan peralatan tambahan lain bagi membuka dan memasang tayar pada rim. Cara ini memerlukan tenaga manusia sepenuhnya dan banyak digunakan bagi rim jenis belah (split) yang digunakan pada kenderaan perdagangan seperti lori dan bas.
Menggunakan Tyre Changer Machine
Tyre changer machine hanya boleh berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik dan angin (pneumatic).Penggunaan mesin ini akan menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Langkah-langkah keselamatan perlu dititik berat dan diberi perhatian bagi mengelak berlakunya sebarang kemalangan atau kecederaan.
Kaedah Imbang Roda
Roda yang di pasang pada kenderaan mestilah seimbang sama ada berpusing (dinamik) atau tidak berpusing (statik). Roda yang tidak seimbang akan menyebabkan tayar menjadi haus dan steering bergetar apabila memandu. Imbangan roda juga perlu dilakukan bagi memastikan penggunaan tayar dapat dimaksimumkan
Kerja-kerja mengimbang roda boleh dilakukan dengan dua cara:
i. Di luar kenderaan (off car)
ii. Pada kenderaan (on car)
Roda boleh diimbang untuk menguji
i. Imbangan statik roda.
i. Imbangan statik roda.
a) Imbangan yang tidak statik akan bergetar ke atas dan ke bawah
b) Roda yang tidak seimbang dapat diperbetulkan dengan melekatk pemberat pada bahagian yang ringan iaitu pemberat mesti dipasang supaya sama rata pada paksi pusingan.
ii. Imbangan dinamik roda
a) Imbangan dinamik ialah imbangan roda yang dilakukan semasa roda berpusing. Roda yang tidak seimbang dapat dibetulkan dengan memasang pemberat pada rim.
Cara-cara mengimbang roda
i. Pastikan tekanan udara tayar mencukupi
ii. Pastikan tayar dan rim dalam keadaan baik
iii. Pasang roda dan rim pada mesin pengimbang roda.
iv. Hidupkan suis mesin pengimbang untuk memusingkan roda dan mengesan gegaran.
Maklumat seperti bahagian-bahagian roda yang perlu ditambah pemberat.
v. Berhentikan roda dan tambahkan pemberat pada bahagian-bahagian rim yang
sepatutnya
vi. Pusingkan roda. Roda akan berhenti berpusing tanpa getaran sekiranya imbangan
roda itu betul
No comments:
Post a Comment