Kecuaian dan tidak mengikut peraturan keselamatan dalam bengkel boleh menyebabkan kemalangan jiwa, kemusnahan harta benda atau cacat anggota badan. Oleh itu peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan selalu untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Ingatlah bahawa penjagaan keselamatan diri dan harta benda adalah untuk kepentingan kita bersama. Jangan sekali-sekali memandang ringan akan sesuatu peraturan yang ditetapkan.
Pencegahan kemalangan adalah satu perkara yang penting kepada sebarang pekerjaan, majikan dan masyarakat. Seseorang individu yang mengalami kemalangan terpaksa berhadapan masalah ekonomi yang tinggi.
Di dalam latihan kemahiran, pihak tertentu bertanggungjawab dalam menangani masalah kemalangan industri dan latihan. Jadi pembelajaran keselamatan adalah sebahagian dari latihan kemahiran yang penting. Dalam suasana latihan, pihak tertentu dipertanggungjawab jika berlakunya kemalangan pada seseorang pelajar.
Pakaian Keselamatan
a) Penggunaan sarung tangan kulit
Sarung tangan kulit adalah digunakan untuk melindungi tangan dari sudut yang tajam atau mengerutu, berkarat dan habuk-habuk besi terutama semasa mencanai mata alat.
Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang kecederaan, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Apabila membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli,memindah bata dan sebagainya.
b) Sarung tangan getah.
Sarung tangan getah pula seharusnya dipakai untuk melindungi tangan dari terkena asid, minyak pelarut, gelu dan sebagainya.
Ianya juga digunakan bagi melindungi tangan dari terkena habuk-habuk apabila menjalankan kerja-kerja membersih dengan menyembur angin (air blower).
c) Kasut keselamatan
Kasut keselamatan adalah sejenis kasut yang dibuat khas dimana ianya mengandungi pelapik yang teguh di bahagian penutup jari.
Oleh itu ianya seharusnya dipakai bagi melindungi jari-jari kaki apabila terkena alat-alat atau bahan-bahan berat yang terjatuh di atasnya.
d) Kasut getah panjang.
Dipakai apabila difikirkan perlu untuk melindungi kaki dari terkena air atau minyak-minyak pelarut yang merbahaya.
e) Cermin mata keselamatan (goggles)
Goggles yang terang mestilah dipakai untuk melindungi mata dari kecederaan terutama apabila :-
i. menggunakan pahat batu.
ii. Menggunakan mesin pencanai apabila mencanai mata Alat.
iii. Menggunakan penyembur angin.
No comments:
Post a Comment