Monday, 14 November 2011

Servis Bateri

Cara-cara untuk membuka dan memasang bateri adalah seperti berikut;

1. Keluarkan bateri dari kenderaan

1.1     Longgarkan nat pengikat terminal negative dan tanggalkan kabel bateri negative.
1.2     Longgarkan nat pengikat terminal positif dan tanggalkan kabel bateri positive.
1.3     Tanggalkan bracket pengikat bateri dan keluarkan bateri dari kenderaan.
1.4     Bersihkan tapak bateri.
1.5     Cat bahagian yang berkarat.


2. Pasang bateri pada kenderaan

2.1     Pasangkan terminal positif dan ikat dengan ketat.
2.2     Pasangkan terminal negatif dan ikat dengan ketat.
2.3  Pasangkan bracket pengikat bateri.


3. Uji kefungsian bateri

3.1     Sediakan satu unit multimeter
3.2     Sambungkan wayar penguji ke voltmeter.
3.3     Merah …. (+)  dan hitam…. ( - )
3.4     Laraskan pelaras ke arah arus terus ( DCV )
3.5     Sambungkan wayar penguji secara selari / parallel dengan terminal bateri.
3.6     Ambil bacaan dan catatkan bacaan.( V )
3.7     Hidupkan enjin uji voltan bateri menggunakan voltmeter dan bacaan hendaklah melebihi 13 V hingga 14.60 V.

Untuk maklumat tambahan, sila klik di sini

Sunday, 13 November 2011

Kaedah Servis Tayar

              Kaedah Tukar Tayar
           
            Proses  membuka dan memasang tayar kenderaan boleh dilakukan dengan dua cara :

            Secara Mekanikal

            Mengunakan besi pengumpil tayar dan peralatan tambahan lain bagi membuka dan memasang tayar pada rim. Cara ini memerlukan tenaga manusia  sepenuhnya dan banyak digunakan bagi rim jenis belah (split) yang digunakan pada kenderaan perdagangan seperti lori dan bas.

            Menggunakan Tyre Changer Machine

            Tyre changer machine hanya boleh berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik dan angin (pneumatic).Penggunaan mesin ini akan menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Langkah-langkah keselamatan perlu dititik berat dan diberi perhatian bagi mengelak berlakunya sebarang kemalangan atau kecederaan.



             Kaedah Imbang Roda

            Roda yang di pasang pada kenderaan mestilah seimbang sama ada berpusing (dinamik) atau tidak berpusing (statik). Roda yang tidak seimbang akan menyebabkan tayar menjadi haus dan steering bergetar apabila memandu. Imbangan roda juga perlu dilakukan bagi memastikan penggunaan tayar dapat dimaksimumkan               
            
            Kerja-kerja mengimbang roda boleh dilakukan dengan dua cara:

                                i.          Di luar kenderaan (off car)
                               ii.          Pada kenderaan (on car)

Roda boleh diimbang untuk menguji
i.          Imbangan statik roda.
                            a)   Imbangan yang tidak statik akan bergetar ke atas dan ke bawah
                            b)   Roda yang tidak seimbang dapat diperbetulkan dengan melekatk pemberat pada bahagian yang ringan iaitu pemberat mesti dipasang supaya sama rata pada paksi pusingan.


ii.          Imbangan dinamik roda
        a)  Imbangan dinamik ialah imbangan roda yang dilakukan semasa roda berpusing. Roda yang tidak seimbang dapat dibetulkan dengan memasang pemberat pada rim. 


Cara-cara mengimbang roda
i.          Pastikan tekanan udara tayar mencukupi
ii.         Pastikan tayar dan rim dalam keadaan baik
iii.        Pasang roda dan rim pada mesin pengimbang roda.
iv.       Hidupkan suis mesin pengimbang untuk memusingkan roda dan mengesan gegaran. 
       Maklumat seperti bahagian-bahagian roda yang perlu ditambah pemberat.
v.        Berhentikan roda dan tambahkan pemberat pada bahagian-bahagian rim yang 
       sepatutnya
vi.       Pusingkan roda. Roda akan berhenti berpusing tanpa getaran sekiranya imbangan 
       roda itu betul

Saturday, 12 November 2011

Sistem Tayar

Fungsi  tayar ialah : -

i.        Tayar dapat bertindak sebagai kusyen udara di antara jalan dan roda dan menyerap getaran yang disebabkan oleh permukaan jalan yang tidak rata.
ii.       Tayar dapat memberikan cengkaman kepada permukaan jalanraya dan dengan itu kenderaan boleh di kawal dengan baik semasa membelok atau membrek.
iii.      Memberikan keselesaan kepada penumpang.
iv.     Menampung berat keseluruhan kenderaan.

Tayar kenderaan moden boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : -

Tayar bertiub
Tayar jenis ini digunakan bersama – sama tiub yang sama saiznya dengan tayar. Tiub diletakkan di dalam tayar dan dipamkan udara melalui injap tuib untuk memenuhkan udara dalam tayar mengikut spesifikasi.

Tayar tanpa tiub
Kebanyakkan tayar yang digunkan pada masa kini adalah jenis tayar tanpa tiub. Udara di pam melalui injap yang  dipasang pada rim.

Terdapat tiga jenis tayar yang lazim digunakan pada kenderaan bergantung kepada jenis lapisan badannya

i. Tayar lapisan lintang

Lapisan tayar ini disusun menyerong dan bersilang antara satu dengan lain.  Lapis-lapis silang ini bersudut 30’ hingga 40’. Tayar jenis ini biasanya lebih senyap, memberi keselesaan dan kelancaran ketika memandu. Tetapi tayar jenis ini mempunyai kekurangan ketika melalui selekoh atau membelok 

ii. Tayar Jejarian

Lapisan tayar ini disusun melintang bersudutkan 90’ dengan garisan tengah bunga tayar. Binaan tayar jenis ini lebih kukuh dan mempunyai dinding sisi lebih lentur yang menjadikan tayar lebih lancar di pandu dengan kurangnya rintangan guling dan mempunyai tapak yang baik

iii. Tayar lapisan jejarian dan lintang
Lapisan tayar ini adalah gabungan antara lapisan jejarian dengan lintang. Tayar jenis ini lebih senyap, selesa, kukuh dan lancar semasa memandu 

Thursday, 10 November 2011

Mengurus Persekitaran Bengkel

Untuk memastikan keselamatan pekerja terjamin, pelan susun atur bengkel perlu dibuat dengan teliti dan memenuhi kriteria seperti berikut;

  • Perabot, peralatan dan mesin disusun dengan baik
  • Ruangan kerja diurus dengan baik seperti mempunyai garisan kuning untuk memisahkan ruang kerja
  • Tempat buangan bahan latihan yang telah digunakan disediakan di likasi yang sesuai dan selamat
  • Stor perlatan dalam keadaan kemas, bersih dan berkunci
  • Kawasan luar bengkel sentiasa bersih
  • Tempat mencuci disediakan di lokasi yang sesuai
  • Peraturan bengkel dipamerkan di tempat yang sesuai
  • Papan tanda keselamatan dipamerkan di setiap lokasi yang bersesuian
  • Alat pemadam api diletakkan di tempat yang sesuai dan berfungsi dengan baik
  • Peti ubat dlam keadaan lengkap dan ubat-ubatan boleh digunakan
  • Semua on/off switch di bengkel dan bilik kuliah dalam keadaan baik dan selamat
  • Mempunyai carta pertolongan pernafasan

Mengurus Keselamatan Diri

Peraturan Keselamatan

Kecuaian dan tidak mengikut peraturan keselamatan dalam bengkel boleh menyebabkan kemalangan jiwa, kemusnahan harta benda atau cacat anggota badan. Oleh itu peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan selalu untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Ingatlah bahawa penjagaan keselamatan diri dan harta benda adalah untuk kepentingan kita bersama. Jangan sekali-sekali memandang ringan akan sesuatu peraturan yang ditetapkan.

Pencegahan kemalangan adalah satu perkara yang penting kepada sebarang pekerjaan, majikan dan masyarakat. Seseorang individu yang mengalami kemalangan terpaksa berhadapan masalah ekonomi yang tinggi.                                     

Di dalam latihan kemahiran, pihak tertentu bertanggungjawab dalam menangani masalah kemalangan  industri dan latihan. Jadi pembelajaran keselamatan adalah sebahagian dari latihan kemahiran yang penting. Dalam suasana latihan, pihak tertentu dipertanggungjawab jika berlakunya kemalangan pada seseorang pelajar.


Pakaian Keselamatan


a) Penggunaan sarung tangan kulit

Sarung tangan kulit adalah digunakan untuk melindungi tangan dari sudut yang tajam atau mengerutu, berkarat dan habuk-habuk besi terutama semasa mencanai mata alat.
Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang kecederaan, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Apabila membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli,memindah bata dan sebagainya.



b) Sarung tangan getah.

Sarung tangan getah pula seharusnya dipakai untuk melindungi tangan dari terkena asid, minyak pelarut, gelu dan sebagainya.
Ianya juga digunakan bagi melindungi tangan dari terkena habuk-habuk apabila menjalankan kerja-kerja membersih dengan menyembur angin (air blower).


c) Kasut keselamatan

Kasut keselamatan adalah sejenis kasut yang dibuat khas dimana ianya mengandungi pelapik yang teguh di bahagian penutup jari.
Oleh itu ianya seharusnya dipakai bagi melindungi jari-jari kaki apabila terkena alat-alat atau bahan-bahan berat yang terjatuh di atasnya.


d) Kasut getah panjang.

Dipakai apabila difikirkan perlu untuk melindungi kaki dari terkena air atau minyak-minyak pelarut yang merbahaya.

e) Cermin mata keselamatan (goggles)

Goggles yang terang mestilah dipakai untuk melindungi mata dari kecederaan terutama apabila  :-

i.                     menggunakan pahat batu.
ii.                   Menggunakan mesin pencanai apabila mencanai mata Alat.
iii.                  Menggunakan penyembur angin.